top of page

Lihat betapa perlunya kita mendapat air yang bersih untuk kesihatan keluarga kita.

Tangki air di rumah yang tidak kita ketahui bagaimana keadaan dalamannya

KANDUNGAN KLORIN DALAM AIR

​

Klorin yang pada asalnya digunakan untuk melunturkan warna keruh air serta mematikan kuman bertukar menjadi racun kepada manusia. Klorin tidak boleh dihapuskan dengan proses didihan malah selepas dididih klorin menjadi satu racun yang sangat bahaya kepada manusia dan kerana itu jika anda sedar lebih ramai bayi menghadapi penyakit kuning kerana pengambilan air berklorin oleh ibu ketika mengandung.

​

Tahukah anda bahawa air paip yang diminum dan digunakan sejak sekian lama, adalah salah satu penyebab barah yang utama? Ini bukanlah satu fakta baru yang mengejutkan.

 

Para saintis telah mengkaji mengenai air paip yang dirawat menggunakan klorin dan kesannya terhadap hidupan.

 

Seorang saintis bernama Dr. Herbert Schwartz menulis

- "Klorin sangat berbahaya"

​

"Menambah klorin ke dalam air sama seperti memulakan satu bom jangka dan membuatkan kita tua sebelum masanya dengan munculnya bermacam-macam simptom penyakit."

​

Kesan Klorin kepada tubuh manusia:

  • Menjadi toksid kepada tubuh manusia jika terhidu

  • Menghakis tisu manusia

  • Amat merbahaya dan boleh membentuk hazard kimia sekiranya bertindak dengan acetylene, ether, gas ammonia

  • dan hydrogen

KANDUNGAN KARAT

​

Proses karatan berlaku apabila air melalui saluran paip besi. Mungkin dengan mata kasar karat ini tidak kelihatan, namun jika anda ada memasang penapis air di rumah anda akan lihat betapa cepatnya penapis menjadi kotor (warna karat). Setiap hari kita minum air yang berkarat.

Air paip tidak sekadar mengandungi bahan-bahan di atas, tetapi terlalu banyak bahan tercemar terkandung di dalam air dan berpuluh-puluh jenis racun seperti

  • Arsenik

  • Ubat gegat

  • Plumbum

  • Raksa

  • ...dan banyak lagi keladak daripada baja, racun serangga, racun rumpai dan bahan buangan industri

Pendek kata air paip kita mengandungi pelbagai bahan yang bahaya yang mampu meracuni manusia secara senyap.

  • Facebook Social Icon
bottom of page