Pengalaman saya menggunakan penapis air Coway
- fkedaionline
- Nov 18, 2016
- 2 min read
Saya telah menggunakan lebih 5 tahun penapis berjenama yang dibeli dari kawan di pejabat dan amat berpuashati dengan kualti air minuman yang dihasilkan pada masa itu.
Masalah mula timbul apabila saya perlu menukar 2 penapis dalaman setiap beberapa bulan ( dah lupa).. Tidak ada teknikal support yang membantu saya untuk mendapat kan parts yang diperlukan. Satu bandar saya pusing mencari sumber parts berkenaan. Penukaran 2 penapis tersebut juga tidak saya buat mengikut jadual. Bila saya refer pada stokis berkenaan, sering tiada stok.
Saya semakin lupa untuk tukar 2 penapis berkenaan sehingga saya merasa begitu bimbang apabila melihat anak-anak saya meminum air penapis tersebut yang saya tahu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Saya rasa seolah-olah sedang memberi toksid dan penyakit kepada kami sekeluarga kerana membiarkan air minuman yang tidak bertapis.
Saya mengadu kepada suami dan beliau memberitahu kawannya baru sahaja tukar penapis air yang baru yang dapat memberikan 'service after sales' selama 5 tahun secara PERCUMA dan kita tidak perlu lagi mencari gantian parts penapis mengikut jadual. Semua dilakukan oleh teknikal staf yang akan datang setiap 2 bulan untuk selenggara dan tukar penapis setiap 6 bulan. SEMUA NYA PERCUMA, kita hanya perlu membayar bulanan mengikut model yang di sewa beli.
Proses sewa beli yang mudah juga menarik minat saya kerana tidak perlu pay slip dan hanya mengisi borang sahaja. Alhamdulillah saya amat berpuas hati dengan servis dan produk. Oleh kerana saya telah melalui dan merasa serta memakai produk berkenaan, terbuka hati saya untuk terus menjadi agen jualan memandangkan produk penapis air Coway terbukti sangat baik dan banyak memudahkan tugas saya didapur.

Tambahan lagi, ciri-cirinya yang mempunyai 3 jenis suhu (panas, sejuk dan suhu bilik) membuat kan saya terpaksa menyimpan ketel air panas saya dan tidak perlu lagi mengisi air dalam botol untuk disimpan dalam peti ais dengan banyak.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan dan kebaikan produk penapis air COWAY kalau nak diceritakan.
Gambar menunjukkan penapis air model NEO di rumah saya.
Sekiranya sis, puan2 berminat ingin tahu lebih lanjut , boleh hubungi saya (Whatsapp/SMS/Call) di talian 017 5704119- Kak Sis Gee
Comments